Bagaimana Untuk Mengesahkan Kehamilan?

Setiap orang terdedah kepada kehamilan yang tidak terancang, apabila tiadanya perancangan kehamilan yang tepat. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan kehamilan, antaranya adalah dengan menggunakan kondom semasa melakukan seks. Pil perancang kehamilan adalah antara kaedah yang sering digunapakai untuk mengawal kesuburan, selain dari alat dalam rahim. Anda haruslah berjumpa doktor pakar sakit puan untuk membuat ujian yang sesuai untuk mengenalpasti kesesuaian anda dengan kaedah perancangan kehamilan ini.

Kehamilan mula dikira apabila anda sedar anda telah lewat datang haid. Setiap kitaran haid adalah berjumlah purata 28 hari, jadi sekiranya anda telah lewat datang haid, anda harus segera melakukan ujian kehamilan. Terdapat beberapa cara di mana anda boleh mengesahkan kehamilan anda. Antaranya ialah dengan menggunakan ujian air kencing.

Continue reading Bagaimana Untuk Mengesahkan Kehamilan?

Masih Hamil Selepas Pengguguran?

Pengguguran secara perubatan sangatlah berkesan, sekiranya anda mengambil gabungan Mifepristone dan Misoprostol, yang berkesan sebanyak 95-98% dalam tempoh hamil 11-12 minggu. Penggunaan Misoprostol sahaja juga berkesan, sebanyak 80-85%. Terdapat keadaan di mana pil pengguguran tidak menamatkan kehamilan anda, sekiranya anda hamil luar rahim (kehamilan ektopik), anda mempunyai masalah perubatan (alah kepada Mifepristone atau Misoprostol), atau anda tidak mengambil pil seperti yang disarankan. Mungkin juga pil yang anda dapatkan bukanlah pil pengguguran, sekiranya anda mendapatkan pil tersebut dari sumber yang tidak disahkan.

Continue reading Masih Hamil Selepas Pengguguran?

Pengguguran dari Sudut Pandang Islam

Hampir 80% perempuan di Timur Tengah dan Afrika Utara tinggal di negara-negara di mana undang-undang penggugurannya ketat.  55% perempuan dari jumlah tersebut tinggal di negara-negara di mana pengguguran dilarang kecuali untuk menyelamatkan nyawa mereka yang hamil dan 24% tinggal di negara di mana pengguguran dibenarkan hanya untuk memelihara kesihatan fizikal atau mental wanita. Hari ini, hanya Turki dan Tunisia membenarkan pengguguran elektif (pengguguran atas permintaan). Meskipun tidak ada negara di rantau ini dengan larangan pengguguran lengkap, sekatan pengguguran menghalang akses wanita ke pengguguran selamat.

Continue reading Pengguguran dari Sudut Pandang Islam

Undang-undang Pengguguran di Malaysia

Pengguguran adalah sah dan dibenarkan di Malaysia, di bawah Seksyen 312, Kanun Keseksaan. Meskipun begitu, undang-undang di Malaysia begitu ketat di mana mereka yang ingin menamatkan kehamilan memerlukan alasan kukuh untuk menjalani prosedur pengguguran. Ia haruslah dijalankan oleh pengamal kesihatan yang bertauliah dan disahkan. Selain itu, mereka yang menamatkan kehamilan haruslah menunjukkan bukti bahawa kehamilan tersebut membahayakan nyawa mereka, atau boleh mencederakan mereka secara fizikal ataupun mental. Continue reading Undang-undang Pengguguran di Malaysia

Cara Menggugurkan Kandungan

Ramai wanita memerlukan perkhidmatan pengguguran. Walau bagaimanapun, ini bukannya suatu keputusan yang mudah untuk dibuat. Banyak persoalan yang akan timbul ketika memikirkan tentang pengguguran; bermula dari aspek undang-undang, agama, kos pembiayaan, dan stigma sosial dari masyarakat. Persoalan yang utama mungkin adalah bagaimana caranya untuk menggugurkan kandungan? Ketika para wanita yang terdesak ini mencari maklumat mengenai pengguguran melalui Internet, berbincang dengan rakan-rakan, melihat video-video amatur, mereka malah menemui cerita atau maklumat yang menyeramkan dan membahayakan. Adakah wujud cara menggugurkan kandungan yang selamat?

Continue reading Cara Menggugurkan Kandungan

Cara Mencegah Kehamilan

Kira-kira 85% wanita yang aktif berhubungan seksual dan tidak menggunakan apa-apa alat pencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun. Seorang wanita boleh hamil semasa menyusukan anak, dari kira-kira 10 hari selepas bersalin, dan juga semasa datang haid. Kaedah azal (penarikan keluar zakar sebelum ejakulasi) dan mengawal diri dari melakukan seks secara berkala tidak akan mencegah kehamilan atau penyebaran jangkitan penyakit kelamin dari terjadi. Anda boleh baca mengenai beberapa jenis alat pencegah kehamilan di sini.

Continue reading Cara Mencegah Kehamilan