Blog posts

Pengguguran yang Selamat dengan Pil Perubatan

Laman web ini akan merujuk anda kepada doktor bertauliah yang boleh memberikan anda pil pengguguran. Setelah anda melengkapkan rundingan atas talian yang berikut dan tidak ada kontrapenunjukan, pengguguran secara perubatan (dengan pil Mifepristone dan Misoprostol) akan dihantar kepada anda melalui pos. Pengguguran dengan pil boleh dilakukan dengan selamat di rumah, asalkan anda mempunyai maklumat yang lengkap dan akses kepada perkhidmatan kesihatan kecemasan dalam kes komplikasi yang jarang sekali terjadi.

Bagaimana untuk Menangani Rasa Bersalah selepas Pengguguran?

Bagi kebanyakan orang, menamatkan kehamilan boleh menjadi peristiwa hidup yang membuat mereka tertekan. Dalam artikel ini, kita akan memahami dengan lebih lanjut tentang bagaimana mereka yang menjalani pengguguran boleh menangani rasa bersalah mereka, dan bagaimana kumpulan sistem sokongan mereka boleh memberikan sokongan yang padu dan tidak judgemental. Ramai juga yang mengalami pelbagai tindak balas psikologi dan emosi. Sesetengah orang mungkin merasa lega ketika membuat pilihan yang tepat untuk mereka dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan situasi yang sukar, sementara yang lain mungkin mengalami berbagai emosi negatif.

Continue reading Bagaimana untuk Menangani Rasa Bersalah selepas Pengguguran?

Faktor yang Mempengaruhi Keputusan untuk Menggugurkan Kandungan

Pengguguran merupakan prosedur yang selamat untuk mereka yang memerlukannya. Kehamilan tidak terancang bukanlah pengalaman yang asing, namun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keputusan anda untuk menggugurkan kandungan. Antara faktor tersebut adalah paksaan ataupun menghidapi penyakit kronik yang boleh membahayakan anda semasa pengguguran.

Walau apapun faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk menjalani pengguguran ataupun meneruskan kehamilan, anda haruslah membuat keputusan tersebut sebelum minggu ke-12 kehamilan anda. Pengguguran secara perubatan selamat digunakan sebelum tempoh tersebut. Selepas minggu ke-12, anda harus menggunakan prosedur lain untuk menamatkan kehamilan.

Continue reading Faktor yang Mempengaruhi Keputusan untuk Menggugurkan Kandungan

4 Siri Televisyen yang Menyentuh tentang Pengguguran

Televisyen merupakan suatu keperluan di setiap rumah pada suatu ketika dahulu. Dengan adanya televisyen, orang ramai boleh mendapatkan maklumat semasa dan juga hiburan. Semua ini melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun begitu, dengan perkembangan masa kini, rangkaian televisyen tidak lagi terhad kepada media rasmi yang telah ditetapkan tetapi juga boleh didapati melalui langganan platform di Internet.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang beberapa siri TV yang menyentuh tentang pengguguran. Menariknya, pengguguran bukan sahaja dibincangkan pada alaf baru, tetapi telah mula dibincangkan sejak tahun 1970an!

Continue reading 4 Siri Televisyen yang Menyentuh tentang Pengguguran

Teleperubatan Merapatkan Jurang Akses Pengguguran di Malaysia

Akses untuk mendapatkan pengguguran di Malaysia masih terhad, meskipun penggunaan Mifepristone dan Misoprostol disahkan berkesan dan selamat oleh Petubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).  Jurang akses ini disukarkan lagi dengan pihak berkuasa yang menghalang penggunaan Mifepristone.

Apabila akses kepada pengguguran terhad, ramai di kalangan mereka yang hamil tidak terancang berada dalam keadaan yang gelisah. Mereka tidak diberikan peluang dan juga pilihan untuk menamatkan kehamilan. Stigma terhadap mereka yang hamil tidak terancang selalunya adalah daripada golongan muda yang tidak mengamalkan perancangan kehamilan. Sebenarnya, kehamilan yang tidak terancang boleh berlaku kepada siapa-siapa sahaja, baik sudah berkahwin ataupun belum. Akses kepada pengguguran juga penting untuk mereka yang hamil kerana penderaan dan rogol.

Dengan adanya teleperubatan, jurang kepada akses pengguguran dapat dikurangkan. Ramai yang dapat menjalani pengguguran dengan selesa di rumah mereka sendiri, dengan memastikan bahawa mereka berada dalam keadaan yang selamat dan mengikut dos yang dinasihatkan. Continue reading Teleperubatan Merapatkan Jurang Akses Pengguguran di Malaysia

5 Mitos Tentang Pengguguran

Mereka yang membantah pengguguran seringkali mengeluarkan pendapat dan fakta-fakta yang menyeleweng untuk menentang keputusan mereka yang ingin menjalani pengguguran. Melalui artikel ini, kita akan melihat lima mitos tentang pengguguran dan apakah kebenaran di sebalik mitos-mitos tersebut. Continue reading 5 Mitos Tentang Pengguguran

Pengguguran yang Selesai dan Sempurna

Bagaimanakah pengguguran yang berjaya?

Pengguguran perubatan berjaya apabila tiada lagi tanda-tanda kehamilan. Anda tidak memerlukan rawatan perubatan tambahan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 99.5% wanita yang melakukan pengguguran perubatan pada 9 minggu pertama kehamilan dengan Mifepristone dan Misoprostol akan mengalami pengguguran yang menamatkan kehamilan. Hanya 3% wanita yang memerlukan rawatan perubatan tambahan. Pengguguran adalah sebuah proses yang memerlukan rahim untuk mengosongkan dan pengguguran selesai. Pendarahan dan pembekuan darah boleh mengambil masa selama 1-3 minggu atau lebih lama. Tubuh setiap dari kita adalah berbeza. Continue reading Pengguguran yang Selesai dan Sempurna

Jenis-jenis Pil Pengguguran

Sekiranya anda hamil, anda boleh membuat pengguguran sendiri secara perubatan sehingga minggu ke-12 kehamilan anda, dengan menggunakan dua ubat iaitu Mifepristone (juga dipanggil pil pengguguran, RU 486, Mifegyn, Mifeprex, Zacafemyl) dan Misoprostol (juga dipanggil Cytotec, Arthrotec, Oxaprost, Cyprostol, Mibetec, Prostokos atau Misotrol). Anda boleh membaca cara untuk melakukan pengguguran dengan ubat-ubatan ini, melalui pautan ini. Continue reading Jenis-jenis Pil Pengguguran