Blog posts

Cara Melakukan Pengguguran Secara Perubatan

Terdapat dua pil yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menamatkan kehamilan, iaitu: Mifepristone dan Misoprostol. Kedua-dua pil ini berada dalam senarai ubat-ubatan yang penting. Ini adalah cara yang paling selamat dan berkesan untuk menggugurkan kandungan sehingga 12 minggu usia kehamilan.

Namun begitu, mengapa masih ada yang mengatakan bahawa pengguguran secara perubatan adalah berbahaya? Kerana tidak semua pil datang dari sumber yang boleh dipercayai. Malangnya, wanita atau mereka yang hamil yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengguguran sering kali menjadi mangsa penipuan apabila mereka merujuk kepada sumber yang tidak boleh dipercayai ini. Selain dari pil perubatan palsu, wanita dan mereka yang hamil juga tidak dibekalkan dengan maklumat yang lengkap serta arahan yang betul tentang cara penggunaannya.

  Continue reading Cara Melakukan Pengguguran Secara Perubatan

Undang-undang Pengguguran di Malaysia

Pengguguran adalah sah dan dibenarkan di Malaysia, di bawah Seksyen 312, Kanun Keseksaan. Meskipun begitu, undang-undang di Malaysia begitu ketat di mana mereka yang ingin menamatkan kehamilan memerlukan alasan kukuh untuk menjalani prosedur pengguguran. Ia haruslah dijalankan oleh pengamal kesihatan yang bertauliah dan disahkan. Selain itu, mereka yang menamatkan kehamilan haruslah menunjukkan bukti bahawa kehamilan tersebut membahayakan nyawa mereka, atau boleh mencederakan mereka secara fizikal ataupun mental. Continue reading Undang-undang Pengguguran di Malaysia

Cara Menggugurkan Kandungan

Ramai wanita memerlukan perkhidmatan pengguguran. Walau bagaimanapun, ini bukannya suatu keputusan yang mudah untuk dibuat. Banyak persoalan yang akan timbul ketika memikirkan tentang pengguguran; bermula dari aspek undang-undang, agama, kos pembiayaan, dan stigma sosial dari masyarakat. Persoalan yang utama mungkin adalah bagaimana caranya untuk menggugurkan kandungan? Ketika para wanita yang terdesak ini mencari maklumat mengenai pengguguran melalui Internet, berbincang dengan rakan-rakan, melihat video-video amatur, mereka malah menemui cerita atau maklumat yang menyeramkan dan membahayakan. Adakah wujud cara menggugurkan kandungan yang selamat?

Continue reading Cara Menggugurkan Kandungan

Cara Mencegah Kehamilan

Kira-kira 85% wanita yang aktif berhubungan seksual dan tidak menggunakan apa-apa alat pencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun. Seorang wanita boleh hamil semasa menyusukan anak, dari kira-kira 10 hari selepas bersalin, dan juga semasa datang haid. Kaedah azal (penarikan keluar zakar sebelum ejakulasi) dan mengawal diri dari melakukan seks secara berkala tidak akan mencegah kehamilan atau penyebaran jangkitan penyakit kelamin dari terjadi. Anda boleh baca mengenai beberapa jenis alat pencegah kehamilan di sini.

Continue reading Cara Mencegah Kehamilan

Pengguguran di Malaysia

Pengguguran di Malaysia masih lagi satu topik yang tabu dan jarang untuk dibincangkan. Walaupun ramai wanita memerlukannya, tetapi undang-undang Malaysia yang tidak berpihak kepada wanita menyukarkan mereka untuk melakukannya. Terdapat juga beberapa tentangan dari kalangan masyarakat dan stigma yang terpalit terhadap para wanita yang melakukan pengguguran. Sama ada mereka perlu melupakan niat untuk menggugurkan kandungan dan membesarkan anak tersebut secara terpaksa, memberikan anak yang baru lahir itu kepada pusat jagaan anak angkat, atau terpaksa melakukan pengguguran secara senyap-senyap dengan risiko tinggi komplikasi yang akan membahayakan nyawa mereka.  Namun begitu, mereka yang memerlukan pengguguran boleh melakukannya dengan selamat dalam beberapa kaedah, iaitu kaedah pembedahan dan perubatan.

Continue reading Pengguguran di Malaysia

Pengguguran yang Selamat dengan Pil Perubatan

Laman web ini akan merujuk anda kepada doktor bertauliah yang boleh memberikan anda pil pengguguran. Setelah anda melengkapkan rundingan atas talian yang berikut dan tidak ada kontrapenunjukan, pengguguran secara perubatan (dengan pil Mifepristone dan Misoprostol) akan dihantar kepada anda melalui pos. Pengguguran dengan pil boleh dilakukan dengan selamat di rumah, asalkan anda mempunyai maklumat yang lengkap dan akses kepada perkhidmatan kesihatan kecemasan dalam kes komplikasi yang jarang sekali terjadi.