Blog posts

Komplikasi Pengguguran dan Kesan Sampingannya

Sekiranya anda melakukan pengguguran dengan mengambil gabungan Mifepristone dan Misoprostol dalam tempoh hamil 11-12 minggu, ia mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi iaitu sampai 99%. Manakala jika anda melalui proses pengguguran dengan menggunakan pil Misoprostol sahaja, peratusannya juga tinggi, iaitu sebanyak 94%.

Risiko pengguguran yang dijalankan pada minggu ke-12 kehamilan atau lebih awal adalah lebih rendah, terutamanya apabila anda menjalani proses pengguguran secara perubatan. Dalam setiap 100 orang yang menjalani pengguguran, hanya 2 atau 3 orang sahaja yang perlu berjumpa dengan doktor untuk saringan kesihatan dan rawatan susulan. Oleh sebab itu, keputusan untuk menjalani pengguguran hendaklah dibuat sesegera yang mungkin, sebaik sahaja anda mengesahkan kehamilan anda. Continue reading Komplikasi Pengguguran dan Kesan Sampingannya

Cara Mengelakkan Kehamilan: Panduan untuk Golongan Transgender

Penyesuaian bahasa dengan gender semakin berkembang seiring dengan waktu. Cisgender adalah mereka yang selesa dengan identiti gender dan jantina mereka sejak mereka lahir. Seseorang yang diberikan jantina dan/atau gender semasa lahir yang mendapati pengalaman hidupnya, naluri, perasaan dan cara dia melihat dirinya sendiri tidak selaras dengan gender yang diberikan ketika lahir, dikenali sebagai transgender. Terdapat juga golongan gender queer yang melihat diri mereka sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan diri sebagai mana-mana gender.

Golongan transgender lebih sukar untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Setiap konsultasi perubatan mungkin berbeza beza bagi setiap orang. Terapi hormon atau pembedahan boleh mempengaruhi kesuburan dan memerlukan kaedah perancangan kehamilan yang berbeza. Continue reading Cara Mengelakkan Kehamilan: Panduan untuk Golongan Transgender

Bagaimana Untuk Mengesahkan Kehamilan?

Setiap orang terdedah kepada kehamilan yang tidak terancang, apabila tiadanya perancangan kehamilan yang tepat. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan kehamilan, antaranya adalah dengan menggunakan kondom semasa melakukan seks. Pil perancang kehamilan adalah antara kaedah yang sering digunapakai untuk mengawal kesuburan, selain dari alat dalam rahim. Anda haruslah berjumpa doktor pakar sakit puan untuk membuat ujian yang sesuai untuk mengenalpasti kesesuaian anda dengan kaedah perancangan kehamilan ini.

Kehamilan mula dikira apabila anda sedar anda telah lewat datang haid. Setiap kitaran haid adalah berjumlah purata 28 hari, jadi sekiranya anda telah lewat datang haid, anda harus segera melakukan ujian kehamilan. Terdapat beberapa cara di mana anda boleh mengesahkan kehamilan anda. Antaranya ialah dengan menggunakan ujian air kencing.

Continue reading Bagaimana Untuk Mengesahkan Kehamilan?

Masih Hamil Selepas Pengguguran?

Pengguguran secara perubatan sangatlah berkesan, sekiranya anda mengambil gabungan Mifepristone dan Misoprostol, yang berkesan sebanyak 95-98% dalam tempoh hamil 11-12 minggu. Penggunaan Misoprostol sahaja juga berkesan, sebanyak 80-85%. Terdapat keadaan di mana pil pengguguran tidak menamatkan kehamilan anda, sekiranya anda hamil luar rahim (kehamilan ektopik), anda mempunyai masalah perubatan (alah kepada Mifepristone atau Misoprostol), atau anda tidak mengambil pil seperti yang disarankan. Mungkin juga pil yang anda dapatkan bukanlah pil pengguguran, sekiranya anda mendapatkan pil tersebut dari sumber yang tidak disahkan.

Continue reading Masih Hamil Selepas Pengguguran?

Pengguguran dari Sudut Pandang Islam

Hampir 80% perempuan di Timur Tengah dan Afrika Utara tinggal di negara-negara di mana undang-undang penggugurannya ketat.  55% perempuan dari jumlah tersebut tinggal di negara-negara di mana pengguguran dilarang kecuali untuk menyelamatkan nyawa mereka yang hamil dan 24% tinggal di negara di mana pengguguran dibenarkan hanya untuk memelihara kesihatan fizikal atau mental wanita. Hari ini, hanya Turki dan Tunisia membenarkan pengguguran elektif (pengguguran atas permintaan). Meskipun tidak ada negara di rantau ini dengan larangan pengguguran lengkap, sekatan pengguguran menghalang akses wanita ke pengguguran selamat.

Continue reading Pengguguran dari Sudut Pandang Islam

Senarai Klinik Mesra Wanita

Wanita di Malaysia kebelakangan ini banyak yang telah mencari klinik untuk menggugurkan kandungan. Pencarian mereka tidak mudah, hal ini kerana tidak ramai doktor yang mahu menawarkan servis itu disebabkan oleh nilai dan kepercayaan peribadi mereka. Malangnya, apabila wanita dan mereka yang hamil tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka memilih untuk menjalani pengguguran yang tidak selamat. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan nyawa mereka.

Continue reading Senarai Klinik Mesra Wanita