Ketika seluruh dunia menghampiri tanda genap setahun sejak dilanda wabak COVID-19 secara global, akses kepada vaksin telah mendedahkan satu jurang bercanggah yang baharu dalam pendirian yang diambil oleh para pemimpin anti-pengguguran. Continue reading Hipokrasi Para Pemimpin Anti-Pengguguran yang Menyokong Vaksin COVID-19
Pengguguran yang Selesai dan Sempurna
Bagaimanakah pengguguran yang berjaya?
Pengguguran perubatan berjaya apabila tiada lagi tanda-tanda kehamilan. Anda tidak memerlukan rawatan perubatan tambahan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 99.5% wanita yang melakukan pengguguran perubatan pada 9 minggu pertama kehamilan dengan Mifepristone dan Misoprostol akan mengalami pengguguran yang menamatkan kehamilan. Hanya 3% wanita yang memerlukan rawatan perubatan tambahan. Pengguguran adalah sebuah proses yang memerlukan rahim untuk mengosongkan dan pengguguran selesai. Pendarahan dan pembekuan darah boleh mengambil masa selama 1-3 minggu atau lebih lama. Tubuh setiap dari kita adalah berbeza. Continue reading Pengguguran yang Selesai dan Sempurna
Pengguguran di Malaysia
Pengguguran di Malaysia masih lagi satu topik yang tabu dan jarang untuk dibincangkan. Walaupun ramai wanita memerlukannya, tetapi undang-undang Malaysia yang tidak berpihak kepada wanita menyukarkan mereka untuk melakukannya. Terdapat juga beberapa tentangan dari kalangan masyarakat dan stigma yang terpalit terhadap para wanita yang melakukan pengguguran. Sama ada mereka perlu melupakan niat untuk menggugurkan kandungan dan membesarkan anak tersebut secara terpaksa, memberikan anak yang baru lahir itu kepada pusat jagaan anak angkat, atau terpaksa melakukan pengguguran secara senyap-senyap dengan risiko tinggi komplikasi yang akan membahayakan nyawa mereka. Namun begitu, mereka yang memerlukan pengguguran boleh melakukannya dengan selamat dalam beberapa kaedah, iaitu kaedah pembedahan dan perubatan.