Cara Mengelakkan Kehamilan: Panduan untuk Golongan Transgender

Penyesuaian bahasa dengan gender semakin berkembang seiring dengan waktu. Cisgender adalah mereka yang selesa dengan identiti gender dan jantina mereka sejak mereka lahir. Seseorang yang diberikan jantina dan/atau gender semasa lahir yang mendapati pengalaman hidupnya, naluri, perasaan dan cara dia melihat dirinya sendiri tidak selaras dengan gender yang diberikan ketika lahir, dikenali sebagai transgender. Terdapat juga golongan gender queer yang melihat diri mereka sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan diri sebagai mana-mana gender.

Golongan transgender lebih sukar untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Setiap konsultasi perubatan mungkin berbeza beza bagi setiap orang. Terapi hormon atau pembedahan boleh mempengaruhi kesuburan dan memerlukan kaedah perancangan kehamilan yang berbeza.

Perancangan Kehamilan untuk Mereka yang Mempunyai Ovari

    • Cadangan ini diutamakan untuk trans lelaki dan gender queer yang lahir sebagai perempuan
    • Perancangan kehamilan perlu sekiranya anda mempunyai ovari dan rahim, melakukan hubungan seks yang melibatkan penis dan vagina dengan risiko untuk hamil, dan anda tidak mahu hamil

Pilihan Konstraseptif

    • Kondom dan penstrilan kekal adalah pilihan utama untuk mereka yang tidak mahu hamil, tersedia untuk semua gender.
    • Penggunaan alat dalam rahim yang tidak melibatkan hormon amat selamat untuk digunakan dan tidak mengganggu terapi hormon yang anda jalani (cth testosterone). Walaubagaimanapun, ia mungkin menyebabkan pendarahan vagina, yang mungkin menakutkan anda.
    • Kaedah kontraseptif yang melibatkan progestrone sahaja seperti pil, suntikan dan implan tidak mengganggu terapi hormon yang dijalani oleh golongan trans*. Ia juga mengurangkan atau menghentikan pendarahan vagina.
    • Kaedah kontraseptif yang melibatkan kedua-dua progestrone dan estrogen tidak digalakkan kerana kehadiran estrogen boleh menganggu gugat terapi hormon yang melibatkan testosterone.

Terapi Hormon dan Konstraseptif

    • Pengambilan hormon testosterone bukanlah langkah yang efektif untuk merancang kehamilan. Ia boleh mengurangkan kesuburan anda.
    • Pengambilan gonadotrophin releasing hormone (GnRH) untuk mengurangkan fungi ovari bukan tidak berkesan untuk menghalang kehamilan dari terjadi.
    • Sekiranya anda melakukan hubungan seks yang melibatkan penis dan vagina, anda boleh menggunakan kaedah kontraseptif di waktu kecemasan.
    • Sekiranya anda hamil, amat penting untuk anda berhenti mengambil testosterone. Ia boleh merencatkan perkembangan fetus, terapi tidak cukup kuat untuk menyebabkan pengguguran.

Saringan Serviks

Sekiranya anda memiliki serviks, sebaiknya anda menjalani saringan serviks. Terapi hormon mungkin akan mengganggu ketepatan ujian ini, jadi sebaiknya anda berbincang dengan pegawai perubatan anda.

Perancangan Kehamilan untuk Mereka yang Mempunyai Testis

    • Cadangan ini diutamakan untuk trans nita dan gender queer yang dilahirkan sebagai lelaki
    • Perancangan kehamilan perlu sekiranya anda mempunyai testis dan penis, melakukan hubungan seks yang melibatkan penis dan vagina dengan risiko untuk hamil, dan anda tidak mahu hamil
    • Kondom dan penstrilan kekal (vasektomi) adalah pilihan universal untuk semua gender, untuk mereka yang tidak mahu hamil
    • Pengambilan hormon estradiol, atau mana-mana hormon lain boleh mengurangkan penghasilan sperma, tetapi ia bukanlah langkah yang efektif untuk mengelakkan kehamilan

Saringan Prostat

    • Sekiranya anda mempunyai prostat, adalah sebaiknya anda menjalani saringan prostat.
    • Sekiranya anda merancang untuk mempunyai anak di masa akan datang, anda harus membuat perancangan sebaiknya kerana terapi hormon boleh mengurangkan kesuburan anda
    • Terapi hormon (estrogen dan testosterone) boleh mengurangkan kesuburan anda, namun ia bukan langkah yang efektif untuk mengelakkan kehamilan

Bacaan lanjut (dalam Bahasa Inggeris) boleh didapati melalui pautan ini.