Pengguguran secara perubatan menggunakan satu atau gabungan beberapa jenis tablet untuk menamatkan kehamilan di bawah minggu ke-10 tanpa menggunakan kaedah pembedahan.

Jenis pengguguran secara perubatan yang paling selamat dan berkesan memerlukan dua jenis pil yang berbeza. Ubat ini, yang dinamakan Mifepristone dan Misoprostol, boleh menyebabkan penamatan kehamilan secara spontan dari uterus.

Mifepristone dan Misoprostol disenaraikan sebagai ubat penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Mifepristone menghalang hormon progrestrone, yang diperlukan untuk meneruskan kehamilan. Tanpa hormon ini, telur yang telah disenyawakan yang melekat di dinding rahim akan terganggu dan rahim mengecut. Misoprostol menyebabkan kontraksi lebih hebat dan mengeluarkan hasil kehamilan dari rahim.

Mifepristone dengan Misoprostol telah terbukti sangat berkesan, selamat dan diterima untuk pengguguran semasa awal trimester pertama. Kesan daripada menggunakan kaedah pengguguran ini termasuklah kekejangan dan pendarahan berterusan seperti dating haid. Kesan sampingan biasa termasuklah loya, muntah dan cirit-birit. Risiko komplikasi yang serius amat rendah. Kajian menunjukkan bahawa ianya adalah selamat untuk menjalankan proses pengguguran secara perubatan di rumah sekiranya wanita itu tinggal berdekatan hospital atau servis kecemasan.

Pil Pengguguran melalui Women on Web

Untuk mendapatkan pengguguran secara perubatan dengan Mifepristone dan Misoprostol, sila layari Women on Web dan membuat rundingan atas talian melalui untuk mendapatkan pengguguran secara perubatan secara selamat menggunakan Mifepristone dan Misoprostol. Women on Web adalah perkhidmatan rujukan pengguguran secara perubatan atas talian yang akan merujuk hasil rundingan atas talian anda kepada doktor yang bertauliah. Anda juga akan diminta untuk memberikan sumbangan sebanyak 70, 80, atau 90 euro, bergantung kepada keadaan ekonomi anda dan di mana anda tinggal, untuk memastikan perkhidmatan ini dapat diteruskan dan tersedia untuk membantu wanita lain. Anda boleh membuat sumbangan melalui kad kredit atau pindahan bank.

Lakukan pengguguran secara perubatan dengan Misoprostol sehingga minggu 12 kehamilan

Cuba dapatkan 12 tablet Misoprostol dari farmasi tempatan atau sumber yang dipercayai. Misoprostol mempunyai banyak nama jenama, untuk mencari jenama yang tersedia di negara anda, sila layari: http://www.womenonwaves.org/en/map/country.

Penggunaan Misoprostol sahaja adalah berkesan sebanyak 94%. Maklumat ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sila hantarkan emel ke info@womenonweb.org apabila anda telah hamil lebih dari 12 minggu. Dalam keadaan risiko komplikasi meningkat, jumlah dan penggunaan misoprostol adalah berbeza.

Anda tidak patut menggunakan ubat ini sekiranya:

  • Seseorang memaksa anda untuk menamatkan kehamilan anda.
  • Anda tidak yakin untuk menamatkan kehamilan anda.
  • Anda ada alahan kepada Misoprostol atau prostaglandis.
  • Anda menghidapi penyakit berikut: kegagalan adrenal kronik, kegagalan hati,, pendarahan tidak teratur, dan porphyries terwaris. (Adalah jarang untuk anda mempunyai penyakit dan tidak tahu tentangnya lagi).
  • Anda mempunyai kehamilan ektopik (hamil di luar rahim)
  • Anda tidak dapat pergi ke hospital atau pusat rawatan cemas dalam tempoh sejam
  • Anda bersendirian. Anda patut meminta teman, rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk menemani anda ketika anda mengambil ubat ini.

Apabila anda berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, seperti anemia teruk, baru sahaja menjalani pembedahan abdomen yang tidak sembuh sepenuhnya, pernah bersalin tetapi mengalami komplikasi teruk seperti pendarahan, caesarean, sila bertanyakan nasihat daripada doktor perubatan (kami).

Sekiranya anda menggunakan alat dalam rahim, adalah lebih baik sekiranya anda mengeluarkannya terlebih dahulu. Sekiranya doktor tidak mahu mengeluarkannya, anda masih boleh menjalani pengguguran secara perubatan, kerana tidak ada bukti yang ia akan menyebabkan lebih banyak komplikasi.

Di kebanyakan negara, farmasi akan meminta preskripsi daripada doktor, tetapi kadang-kala anda boleh mendapatkannya tanpa preskripsi sekiranya anda tegas dan memberitahu bahawa ia adalah untuk ulser (Cytotec) atau untuk arthritis nenek anda (Arthrotec atau Oxaprost, yang turut mengandungi ubat tahan sakit diclofenac)

Jangan berhenti selepas “Tidak!” yang pertama!