Bagaimanakah pengguguran yang berjaya?
Pengguguran perubatan berjaya apabila tiada lagi tanda-tanda kehamilan. Anda tidak memerlukan rawatan perubatan tambahan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 99.5% wanita yang melakukan pengguguran perubatan pada 9 minggu pertama kehamilan dengan Mifepristone dan Misoprostol akan mengalami pengguguran yang menamatkan kehamilan. Hanya 3% wanita yang memerlukan rawatan perubatan tambahan. Pengguguran adalah sebuah proses yang memerlukan rahim untuk mengosongkan dan pengguguran selesai. Pendarahan dan pembekuan darah boleh mengambil masa selama 1-3 minggu atau lebih lama. Tubuh setiap dari kita adalah berbeza.
Namun begitu, ada kalanya pengguguran tersebut tidak berjaya. Sekiranya anda ragu-ragu sama ada anda masih hamil atau pengguguran telah berjaya, anda boleh membaca lanjut di artikel ini.
Sekiranya anda mengalami kesakitan yang melampau, pendarahan berat yang berpanjangan, keputihan yang tidak normal atau demam, ini mungkin merupakan tanda bahawa anda mengalami komplikasi dan harus berjumpa doktor. Anda juga harus berjumpa doktor dan melakukan semakan ultrasound setelah mengambil ubat tersebut sekiranya anda mempunyai keraguan mengenai pengguguran tersebut.
Kebanyakan dari mereka yang menjalani pengguguran boleh merasainya bila pengguguran itu berjaya. Mereka merasakan gejala kehamilan (mual, payudara lembut, perlu membuang air kecil) hilang atau telah melihat embrio keluar. Dengan melakukan semakan ultrasound, anda dapat mengetahui sekiranya pengguguran perubatan berjaya dan apakah kehamilan anda telah berakhir dalam beberapa hari selepas pengguguran. Semakan ultrasound awal akan memberitahu anda jika kehamilan telah berakhir, tetapi adalah sebaiknya sekiranya anda menunggu ultrasound selama 10 hari. Setelah menggunakan Mifepristone, pengguguran sepenuhnya selesai setelah 7 hari.
Ujian kehamilan di rumah boleh dilakukan hanya 3 minggu setelah mengambil ubat-ubatan tersebut, kerana sebelum 3 minggu, hormon kehamilan masih ada di dalam badan anda dan ujian tersebut mungkin menunjukkan hasil positif. Ini mungkin hasil ujian yang tidak tepat. Tubuh anda mungkin memerlukan beberapa hari atau minggu (sehingga haid anda berikutnya) untuk membuang tisu dan darah sepenuhnya. Semakan ultrasound akan menunjukkan sekiranya ada apa yang masih ada di rahim.
Sekiranya anda memerlukan bantuan ataupun mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di info@womenonweb.org. Kami sedia membantu anda.