Kebebasan autonomi tubuh adalah kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang individu apabila mereka membuat keputusan untuk diri mereka tanpa halangan atau paksaan daripada orang lain.
Table of Contents
Maksud Sebenar Pro-Pilihan vs Pro-Hidup
Pengguguran adalah topik yang hangat untuk didebatkan: sama ada anda adalah pro-kehidupan (penyokong hak untuk hidup) atau pro-pilihan (penyokong hak untuk memilih). Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang memilih untuk menjalani pengguguran seperti rogol, masalah kesihatan, alasan pendidikan/pekerjaan, kesulitan kewangan atau sememangnya tidak mahu mempunyai anak. Roe v. Wade adalah penanda aras yang menentukan bahawa perempuan berhak untuk autonomi, terutamanya privasi, apabila memilih untuk menjalani pengguguran. Meskipun wujudnya undang-undang tersebut, masih ramai individu (dan masyarakat) yang menganggap bahawa menjalani pengguguran adalah salah dari segi akhlak, dan adalah tanggungjawab dan hak mereka untuk menentang individu yang memilih untuk menjalani prosedur tersebut.
Strategi Utama Para Penentang Pro-Pilihan
Salah satu strategi utama dalam menentang sokongan kepada pro-pilihan tertanam dalam fenomena sosiomoral yang menjijikkan; suatu perasaan yang terbit apabila tabu sosial atau norma telah dilanggar. Untuk mereka yang tertakluk dalam golongan pro-kehidupan, fetus adalah manusia, justeru mereka mempunyai hak untuk hidup. Mereka meiihat prosedur pengguguran sebagai prosedur yang berbahaya dan dan memaparkan kesakitan fetal dengan menggunakan imej grafik yang menakutkan sambil memomokkan mereka dengan teori konspirasi seperi penjualan fetus yang mencetuskan rasa jijik sebagai respon. Strategi ini bertujuan untuk menggambarkan pembekal prosedur sebagai pembunuh dan menggambarkan wanita yang menjalani pengguguran sebagai tidak bermoral. Matlamat keseluruhan mereka adalah untuk memaksa wanita untuk meneruskan kehamilan, atau sekiranya mereka tidak meneruskannya, mereka dimalukan dengan keputusan mereka. Taktik ini telah berjaya kerana semakin banyak halangan untuk mendapatkan pengguguran. Namun begitu, realitinya, kehamilan adalah sukar – ia mempunyai cabang psikologikal, fizikal dan sosioekonomi yang seringkali dipandang ringan.
Tanggungjawab Kerajaan
Kerajaan yang mempunyai sekatan untuk mendapatkan pengguguran mempunyai protokol yang lebih ketat untuk membantu wanita dan anak yang dilahirkan. Tambahan pula, kerajaan yang menyekat ini juga tidak bertanggungjawab untuk membantu ibu-ibu dengan isu kewangan mereka, pengambilan anak angkat, dan masa depan anak mereka. Wanita yang disekat dari mendapatkan pengguguran akan mengalami masalah kemiskinan, kesihatan dan keganasan domestik.
Golongan pro-kehidupan percaya bahawa wanita yang tidak mahu hamil seharusnya menjauhi hubungan seks sebagai langkah pencegahan kehamilan tidak terancang. Kerajaan yang mempunyai polisi yang menekankan kurikulum menjauhi hubungan seks dalam kelas pendidikan seksual mempunyai kadar kehamilan remaja dan kelahiran yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang diajar pendidikan seks komprehensif. Cara ini berbahaya kerana ia cuba untuk menunjukkan bahawa kehamilan tidak terancang adalah hukuman kepada mereka yang melakukan seks; sedangkan itu bukanlah isunya. Wanita tidak menyerahkan autonomi tubuh mereka apabila mereka memilih untuk melakukan seks. Seks tidak sepatutnya dilihat sebagai kemewahan, tetapi ianya adalah keperluan. Satu kajian yang dijalankan oleh Flynn et al menunukkan bahawa kesihatan dan kepuasan mempengaruhi kualiti kehidupan. Oleh sebab itu, untuk melihat seks hanya untuk melahirkan anak adalah pendapat cetek yang menolak kebaikan seks yang lain. Seperti mana kemalangan jalan-raya, kehamilan tidak terancang akan terus berlaku sekiranya penyelesaian masalah yang sebenar tidak diambil kira untuk menghalangnya dari terjadi. Tidak salah untuk merawat pesakit yang sedang dalam kesusahan, termasuklah wanita yang mahukan pengguguran untuk menamatkan kehamilan yang mereka tidak mahukan.
Apabila Wanita Mengambil Langkah Untuk Menamatkan Kehamilan Sendiri
Tambahan lagi, kesukaran untuk mendapatkan pengguguran akan menangguhkan atau menyekatkan penjagaan kesihatan wanita yang memerlukannya. Salah satu isu yang terus kekal adalah apabila servis pengguguran tidak tersediam wanita akan mencari cara lain untuk menggugurkan kandungan termasuklah dengan menyakiti diri mereka sendiri, menggunakan penyangkut baju untuk menamatkan kehamilan secara fizikal, atau memakan bahan kimia berbahaya untuk menyebabkan keguguran. Pengguguran adalah selamat apabila ia dijalankan dalam suasana yang terjaga, dan sekiranya polisi yang menyokong mereka dikuatkuasakan,
Pro-Pilihan = Pro-Pengguguran?
Sudah tentu nampak jelas terdapat perbezaan antara penyokong pro-kehidupan dan pro-pilihan, namun ternyata sebenarnya ia adalah sisi yang berbeza dari pandangan yang sama. Sebenarnya ramai individu yang hanya melihat pro-pilihan sebagai pro-pengguguran, namun hakikatnya ia adalah hak untuk memilih sama ada wanita ingin meneruskan kehamilan atau menamatkannya. Sekiranya anda hamil dan anda ingin meneruskannya, itu adalah hak anda, namun ia tidak seharusnya dipaksakan atas wanita lain. Tanpa dialog dari pengalaman hidup atau keadaan di mana wanita telah hamil tanpa dirancang, pendapat pro-kehidupan hanya menyudutkan wanita kepada satu ruang yang tidak melihatkan aspek kehidupan wanita yang berliku-liku.
Rujukan:
Flynn, Kathryn E., Li Lin, Deborah Watkins Bruner, Jill M. Cyranowski, Elizabeth A. Hahn, Diana D. Jeffery, Jennifer Barsky Reese, Bryce B. Reeve, Rebecca A. Shelby and Kevin P. Weinfurt, 2016. “Sexual Satisfaction and the Importance of Sexual Health to Quality of Life Throughout Course of U.S. Adult.” The Journal of Sexual Medicine 13 (11): 1642-1650.