Menurut Lauren Aratani,
Majoriti wanita yang telah mendapatkan pengguguran tidak menyesali keputusan mereka selepas menjalani prosedur tersebut. Kajian yang telah dijalankan ini diterbitkan di dalam sebuah jurnal akademik Social Science & Medicine.
Pengkaji telah menemubual 667 orang wanita di 21 negeri di Amerika Syarikat sepanjang tempoh 5 tahun, di mana mereka mengawasi emosi semasa mereka membuat keputusan untuk menjalani pengguguran. 95% dari wanita ini menyatakan dengan jelas bahawa keputusan mereka untuk menjalani pengguguran adalah keputusan yang terbaik sekali.
Pengkaji bertanyakan kepada peserta sekiranya mereka mempunyai perasaan sedih, bersalah, lega, menyesal, marah atau gembira di atas keputusan mereka. Jawapan yang paling kerap didengar adalah lega, sepanjang lima tahun proses kajian tersebut berlangsung.
Jurnal akademik tersebut bertajuk Decision Rightness and Emotional Responses to Abortion in the United States: A Longitudinal Study dan ditulis oleh Corinne H. Rocca , Katrina Kimport, Sarah C. M. Roberts, Heather Gould, John Neuhaus, Diana G. Foster.
Jurnal tersebut boleh dibaca di sini. PAUTAN