Ketika seluruh dunia menghampiri tanda genap setahun sejak dilanda wabak COVID-19 secara global, akses kepada vaksin telah mendedahkan satu jurang bercanggah yang baharu dalam pendirian yang diambil oleh para pemimpin anti-pengguguran.
Beberapa vaksin yang dibangunkan untuk memerangi wabak coronavirus menggunakan garis sel janin – yang berasal dari janin yang digugurkan – untuk menguji keberkesanannya. Pemimpin agama dan anti-pengguguran di seluruh dunia memandang perkara ini dengan sebelah mata dan telah memberi sokongan yang penuh kepada para pengikut mereka untuk menerima vaksin tersebut. Beberapa pemimpin agama telah meletakkan garis moral mengenai vaksin yang menggunakan sel janin dengan lebih giat lagi berbanding pemimpin yang lain.
Walaupun ramai pemimpin cuba untuk mempertahankan bahawa integriti moral ke atas pendirian ini terletak pada kenyataan di mana penghasilan vaksin ini tidak akan menjerumus kepada pengguguran di masa hadapan, jelas bahawa ini adalah sekadar untuk menutup hipokrasi mereka sendiri. Mereka dengan senang hati berkompromi terhadap pengguguran asalkan ia memberi manfaat kepada mereka. Bagi mereka, satu virus yang mengancam nyawa mereka adalah alasan yang cukup tetapi ribuan angka kematian akibat pengguguran yang tidak selamat pada setiap tahun masih boleh lagi diterima. Peringatan yang diterima pakai oleh ramai orang adalah bahawa penggunaan sel janin untuk vaksin COVID-19 tersebut berasal dari garis sel janin yang telah lama wujud – ada yang berdekad lamanya – dan dengan demikian, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengguguran pada masa kini. Dengan membuat perbezaan yang jelas bahawa penggunaan sel-sel janin tersebut tidak akan menyebabkan pengguguran di masa hadapan, para pemimpin agama dan anti-pengguguran tidak memikirkan kebarangkalian terjadinya satu insiden di mana penyekatan akses dan pengharaman pengguguran mengancam nyawa lebih ramai orang, selain daripada mereka yang memerlukan pengguguran atas alasan peribadi mereka sendiri, khususnya para wanita.
Pengguguran kekal menjadi sebuah perkhidmatan yang terhad dan kontroversial di banyak tempat di seluruh dunia. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menetapkan pengguguran sebagai satu bahagian yang penting untuk melengkapi penjagaan kesihatan yang menyeleuruh, dan menyokong perawatan pengguguran adalah satu hak asasi manusia.
Menggambarkan penggunaan sel janin untuk mencipta vaksin sebagai satu pengecualian adalah logik; kita memerlukan penghasilan vaksin untuk membendung kehancuran akibat wabak global terbaharu ini. Tetapi untuk menjadikan vaksin tersebut sebagai garis moral dan menyekat akses kepada pengguguran pada masa yang sama walaupun sekatan akses tersebut telah mengancam begitu banyak nyawa, adalah satu perkara yang salah dan penuh hipokrit. Hanya apabila pengguguran memberi kesan kepada kesihatan para pemimpin, barulah kita boleh berkompromi; sebaliknya, apabila ia hanya memberi kesan kepada tubuh badan orang lain yang lebih rentan dan tidak berkuasa, ia adalah satu perkara yang salah dan patut dihukum. Kompromi seperti ini jelas mendedahkan sifat cakap tak serupa bikin yang mendalam di mana mereka melihat kawalan dan kekuasaan terhadap tubuh badan wanita adalah punca kepada berlakunya pengguguran, dan bukannya intergriti moral.
Sekiranya anda memerlukan khidmat pengguguran yang selamat dan tidak dapat mengaksesnya dengan aman di negara asal anda, Women on Web menyediakan khidmat teleperubatan pengguguran yang selamat dan berkesan. Untuk memulakan rundingan atas talian, klik di sini.