Ramai wanita memerlukan perkhidmatan pengguguran. Walau bagaimanapun, ini bukannya suatu keputusan yang mudah untuk dibuat. Banyak persoalan yang akan timbul ketika memikirkan tentang pengguguran; bermula dari aspek undang-undang, agama, kos pembiayaan, dan stigma sosial dari masyarakat. Persoalan yang utama mungkin adalah bagaimana caranya untuk menggugurkan kandungan? Ketika para wanita yang terdesak ini mencari maklumat mengenai pengguguran melalui Internet, berbincang dengan rakan-rakan, melihat video-video amatur, mereka malah menemui cerita atau maklumat yang menyeramkan dan membahayakan. Adakah wujud cara menggugurkan kandungan yang selamat?
Situasi Berkaitan Pengguguran di Malaysia
Pengguguran adalah sah di sisi undang-undang di Malaysia. Meskipun begitu, terdapat sekatan terhadap mereka yang ingin mendapatkannya.