Site icon Pengguguran

Faktor yang Mempengaruhi Keputusan untuk Menggugurkan Kandungan

Pengguguran merupakan prosedur yang selamat untuk mereka yang memerlukannya. Kehamilan tidak terancang bukanlah pengalaman yang asing, namun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keputusan anda untuk menggugurkan kandungan. Antara faktor tersebut adalah paksaan ataupun menghidapi penyakit kronik yang boleh membahayakan anda semasa pengguguran.

Walau apapun faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk menjalani pengguguran ataupun meneruskan kehamilan, anda haruslah membuat keputusan tersebut sebelum minggu ke-12 kehamilan anda. Pengguguran secara perubatan selamat digunakan sebelum tempoh tersebut. Selepas minggu ke-12, anda harus menggunakan prosedur lain untuk menamatkan kehamilan.

Anda dipaksa untuk menamatkan kehamilan.

Pilihan untuk meneruskan kandungan adalah hak semua orang. Sekiranya anda mampu untuk meneruskan kandungan anda atas faktor kesihatan, kewangan dan sebagainya, tiada siapa yang boleh menafikan hak anda.

Pengalaman di waktu kehamilan adalah saat-saat yang sangat personal bagi seseorang. Memaksa mereka untuk menamatkan kehamilan tanpa kehendak mereka adalah suatu kesalahan. Meskipun tiada lagi hukuman untuk paksaan menamatkan kehamilan, ia dimanifestasikan dalam bentuk ugutan atau polisi-polisi perancangan kehamilan yang tidak mesra pro-pilihan.

Kali terakhir anda datang haid adalah 10 minggu yang lalu.

Sekiranya kali terakhir anda datang haid adalah 10 minggu yang lalu, usia kandungan anda mungkin sudah 11 minggu dan ke atas. Pengguguran secara perubatan dengan menggunakan ubat-ubatan seperti Mifepristone dan Misoprostol tidak sesuai digunakan kerana pengguguran anda mungkin tidak selesai. Artikel kami yang lalu menyentuh tentang bagaimana untuk memastikan pengguguran anda selesai dan sempurna.

Anda boleh membuat kira-kira tentang usia kehamilan anda dengan Kalkulator Kehamilan ini. Untuk lebih mengesahkan usia kehamilan anda, anda boleh membuat ujian ultrasound. Dengan ini, anda boleh menentukan prosedur pengguguran yang selamat dan tepat untuk anda. Pengguguran secara perubatan sesuai dijalankan sehingga minggu ke – 10 kehamilan,

Anda mempunyai alahan terhadap Mifepristone, Misoprostol, atau prostaglandins.

Meskipun terdapat kes-kes di mana ada orang yang alah terhadap Mifepristone, Misoprostol atau prostaglandins, peratusannya amat kecil iaitu 0.008%.

Dalam sebuah kajian yang melibatkan 80,000 orang perempuan yang telah menggunakan Mifepristone-Misoprostol, 6 perempuan (0.008%) daripada mereka mengalami alahan ringan setelah menggunakan Mifepristone. Dalam 6 kes ini, perempuan ini telah kegatalan pada kulit. Kesemua daripada mereka telah dirawat dengan antihistamine (ubat alahan) dan meneruskan pengambilan misoprostol tanpa sebarang masalah.

Keadaan ini mungkin anda sudah sedia maklum, namun begitu, anda tidak perlu risau kerana ia adalah masalah kesihatan yang boleh ditangani dengan segera. Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengetahui tentang kesihatan diri anda dari semasa ke semasa.

Anda hamil di luar rahim (kehamilan ektopik).

Kehamilan di luar rahim selalunya terjadi apabila embrio berada di luar rahim, selalunya di tiub Fallopian. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Mummert & Gnuggoli ini, hanya 1%-2% dari populasi umum yang akan mengalami kehamilan di luar rahim. Oleh kerana teknologi kesihatan yang semakin maju dan taraf kesihatan yang semakin meningkat, ramai dari kalangan mereka yang hamil boleh mendapatkan akses untuk menangani kehamilan ektopik dan mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Untuk mengelakkan keruntuhan kehamilan ektopik dalam mana-mana organ reproduktif anda, anda harus membuat ujian segera sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut. Prosedur lain akan dijalankan untuk menyingkirkan kehamilan tersebut.

Anda menghidapi penyakit kronik.

Adakah anda menghidapi kegagalan adrenal kronik, kegagalan hati, masalah pendarahan, atau penyakit keturunan porphyries? Ini merupakan antara beberapa senarai penyakit kronik yang mungkin akan membantutkan keputusan anda untuk menjalani pengguguran secara perubatan.

Meskipun begitu, anda semestinya sudah tahu tentang keadaan kesihatan ini, kerana simptomnya yang lain dan anda akan memerlukan bantuan kesihatan disebabkan oleh penyakit kronik ini.

Sekiranya anda mahukan kepastian tentang keadaan kesihatan anda yang lain-lain dan berhubung dengan doktor kami, anda boleh mengajukan soalan melalui emel kami, info@womenonweb.org. Kami sedia membantu anda.

Exit mobile version