Site icon Pengguguran

5 Buku tentang Pengguguran Yang Anda Perlu Baca

Perbincangan tentang pengguguran telah banyak ditulis dalam buku-buku yang telah diterbitkan. Meskipun buku-buku ini banyak menumpukan kepada perkermbangan hak untuk akses pengguguran di Eropah dan di Barat, kita boleh mengambil pengajaran agar dapat mencipta dan mengusulkan taktik dan cara-cara untuk mendapatkan hak pengguguran.

Happy Abortion: Our Bodies in the Era of Choice oleh Erica Millar 

Buku ini memperincikan perkembangan hak dan akses pengguguran yang masih bertumpu di Amerika Syarikat. Ia banyak menumpukan tentang rasa bersalah yang ditanam dalam diri mereka yang menjalani pengguguran. Politik bahasa banyak membantutkan gerakan penyokong hak seksual dan kesihatan reproduktif. Hal ini kerana perempuan sentiasa diingatkan dengan fungsi mereka sebagai ibu untuk melahirkan anak dan menerukan kelangsungan generasi.

Melalui buku ini, Erica Millar juga menulis tentang bagaimana keputusan politik, yang seringkali dibuat oleh lelaki atau mereka yang tidak pernah hamil, untuk menghalang pengguguran dari terjadi. Keputusan politik ini mempengaruhi akses kepada pengguguran. Halangan ini juga memaksa mereka yang ingin menjalani pengguguran untuk merentas ke kota lain, berjam-jam lamanya. Selain itu, mereka dihurung oleh rasa bersalah dan dipaksa untuk meneruskan kehamilan.

Ini adalah sebuah buku bukan fiksyen, juga mengandungi rujukan dan penyelidikan yang sesuai dengan isu pengguguran.

The Turnaway Study: Ten Years, a Thousand Women, and the Consequences of Having―or Being Denied―an Abortion oleh Diana Greene Foster

Untuk memahami gerakan pro-pilihan, anda hendaklah memabaca dan mendalami pengguguran dari sudut sains dan fakta. Gerakan anti-pilihan cuba untuk menggagalkan gerakan yang menyokong pengguguran melalui tuduhan yang tidak berasas. Melalui buku ini, kita dapat melihat perkembangan penyelidikan tentang pengguguran dengan lebih mendalam lagi.

Living in the Crosshairs: The Untold Stories of Anti-Abortion Terrorism oleh David S. Cohen and Krysten Connon

Mereka yang bekerja dalam perkhidmatan sering berada dalam bahaya. Kebangkitan ektremis agama, terutamanya di Amerika Syarikat membahayakan pekerja kesihatan. Melalui buku ini, para doktor dan pekerja kesihatan menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan tekanan dan ugutan dari ekstremis anti-pilihan, meskipun pengguguran telah lama dibenarkan di Amerika Syarikat sejak 1973.

A Handmaid’s Tale oleh Margaret Wood

Tulisan Margaret Wood ini adalah sebuah fiksyen distopia, di mana para perempuan yang tinggal di situ dipaksa untuk hidup dalam peraturan yang rigid dan mengikut kehendak pemerintah. Dengan perkembangan teknologi, hasil tulisan Atwood ini menmberikan efek yang menyeramkan kerana ia boleh terjadi dalam dunia masa kini.

A Life oleh Simone Veil

Biografi Simone Veil ini mengandungi perjuangannya untuk meluluskan undang-undang pengguguran di Perancis. Beliau merupakan Menteri Kesihatan Perancis pada tahun 1974 hingga 1979. Untuk memahami bagaimana kuasa sesebuah Negara membuat keputusan untuk kesihatan reproduktif wanita, anda boleh membaca buku ini. Perjuangan Simone Veil besar maknanya untuk mereka yang memerlukan akses kepada pengguguran di Malaysia.

Ada banyak lagi buku-buku tentang pengguguran atau menceritakan tentang pengguguran yang anda boleh baca untuk memahami pentingnya akses untuk mendapatkan pengguguran. Untuk mendalami isu pengguguran, amat penting untuk kita memahami faktor dan kesannya melalui fakta dan sains.

Exit mobile version